Saturday, November 27, 2010

Terapi Diri Bacaan Ayat Ruqyah MP3

"DO IT YOURSELF (DIY) terapi diri merupakan satu lagi ikhtiar kita memohon pada Allah melalui bacaan al quran ayat rukyah mengubati diri dari penyakit gangguan penyakit disebabkan makhluk halus yang jahat.  Allah swt telah menganugerah al quran bukan sahaja sebagai petunjuk dan penyelamat manusia dan hidup dengan cara ISLAM  sebagai ugama yang sempurna ,tatapi juga agar dapat melindungi kita hidup dalam kejahilan . Getaran atau "frequency" yang dihasilkan dari getaran alquran memang dashyat, dengan izin Allah dapat menghancurkan gunung , Al Quran juga dibaca bukan sahaja dapat pahala tetapi juga menenangkan jiwa dan penawar bagi  penyakit rohani dan jasmani.. 

Penyelewengan Dukun dan Pengamal Perubatan .
Apa bila seseorang dilanda penyakit gangguan makhluk (gmh)halus perubatan secara moden tidak akan memberi kesan yang positiv melainkan punca gangguan itu di keluarkan. Ada yang berakhir dengan "gila" dan mungkin kematian disebabkan kesan fizikal melanda dirinya seperti tidak makan ,tidak tidur,mencedara diri sendiri dan kemalangan diri.  Saya simpati melihat ramai pesakit dikenakan pengeras beratus ratus ringgit ,mungkin ribuan ringgit asalkan mereka sembuh. Ada pengamal perubatan merawat diatas nama "Rawatan Perubatan Islam" tetapi masuk daftar pun sudah kenakan caj , ini belum lagi kos air tawar ,ubat herba dan lain lain. Jika hendak Ada pesakit kerana kurang iman nya sanggup  menjumpai dukun yang mengamal ilmu  sihir jin atau mahkluk halus dan ada yang pergi jumpa sami siam . Kenapa harus begitu? Sebenar ini lah  misi puak syetan dan jin ,apa bila dilanda sakit misteri kita akan hilang kewarasan dan akidah dan akhirrnya syirik kepada Allah.   

Simptom penyakit GMH menyerupai penyakit "mental disorder".
Tidak heran jika pesakit dimasukkan ke wad "Sakit Jiwa"jika mendapat sakit ini,kerana simptom nya sama ia itu, fikiran tidak tenang berakhir dengan meracau, melihat dan mendengar sesuatu seperti suara atau visual, tidak lagi pandai mengurus diri,ada yang terus koma. Pihak hospital akan mengurus pesakit itu supaya tidak mencederakan diri sendiri dan memberi ubat ubat penenang dan ubat tidur. Biasanya doktor akan diagnosnya sebagai penyakit "Bi Polar,Scizophrenia ,depresiion dan sbgnya. Tetapi siapa yang boleh mengesahkan kan nya itu ada lah penyakit gmh?

Tanda Tanda  Penyakit GMH
Tanda Awal
Tanda tanda awal mungkin banyak dan berbeda mengikut pesakit tetapi biasanya seperti berikut :-
1 Dada berdebar debar
2 Rasa sesuatu bergerak gerak di kulit dan seluruh badan
3 Suka termenung ,gelisah dan tidak tenteram
4 Mimpi yang pelik seperti bintang ular,jengking,anjing hitam  dan sgbnya
5 Terbangun dari tidur ditengah malam ,kadang kadang menangsi tidak tahu sebab
6 Mimpi terbang atas angkasa
7 Kurang selera makan atau makan tanpa batasan dalam keadaan luar biasa

Tanda TandaAkhir
1 Terdapat penyakit luarbiasa pada badan seperti penyakit kulit,gatal,perut buncit ,sendi sendi sakit,muntah darah dan lain lain.
2 Tidak sedarkan diri atau histeria
3 Fikiran meracau tidak mengenali diri sendiri atau orang disekelilingnya

Terapi Ayat Ruqyah -
 Beberapa ayat al quran jika dibaca insyaAllah dapat melindungi kita dan kediaman kita dari ganguan setan ,jin dan makhluk halus yang sentiasa mengambil peluang untuk merosakan hidup kita. Tetapi malangnya bukan semua orang islam dapat membaca al quran,ada langsung tidak mahu belajar .Juga ada yang dapat membaca tetapi tajwidnya entah ke mana ,jika kita membaca nya dengan cara tidak betul , puak puak jin mungkin akan mentertawakan kita semula ,bukan takut dengan al quran itu.

Apabila anda mendengar ayat ayat ini dan terdpat GMH pada diri anda atau kediaman anda tanda tanda beriikut akan kelihatan :-
a Rasa gelisah
b Rasa sesuatu bergerak dibadan
c Panas atau sejuk
d sakit bertamabh sekejap tatapi hilang kemudian
e hendak muntah atau loya ,sendawa
f Jika ada gangguan dirumah,sesuatu bunyi aneh mungkin dapat didengari atas atap,bunyi binatang lain lain

Cara Mengguna
1 Terlebih dahulu mohon doa kepada Allah swt, sembuh dan lindungi diri dari penyakit disebabkan gangguan mahkluk halus,jin,syten dan niat jahat manusia.Amin
2  Pasangkan alat pandang dengar dan "on" 3 kali sehari  semasa hendak tidur,subuh dan petang.Semasa tidur elok diulangi bacaan nya sehingga pagi, hayati lah bacaan nya dengan penuh khusyuk
3 Jika kediaman itu "keras" bunyikan alat itu dgn kuat supaya nyaring dan kuat.
4 Elok download mp3 ini ke laptop,CD ,pendrive atau alat mp3

ANDA DIBENARKAN DOWNLOAD MP3 INI disini......

No comments:

Post a Comment